Tuesday 13 March 2012

~ izara aisyah vs aiman hakim ~

assalamualaikum and selamat pagi kowg ..  hope hari ni kowg ceria and always happy keyh .. tak lar menderita cam aq ni , sakit tekak sesangat .. hurm , ni lar hukuman because kurang minum air .. ish 3 . jangan tiru perangai aq keyh .. hope kowg doakan aq cepat sembuh erk .. 
keyh back to title .. memandangkan hari ni merupakan last episode untuk slot lestary iaitu vanilla coklat , aq rasa cam gatal -gatal jer tangan ni nak kongsi nga kowg semua something ni .. so do enjoy keyh .. and tak lupa jugak sesiapa yang tinggal berdekatan nga taman dr . ismail tu , jangan lupa taw tonita zara , aiman , bella and iqram akan turut serta sama-sama menonton episod terakhir drama ni nga kowg ( law tak silap aq ) .. so , jangan lupa yerk ..  keyh , da tak mahu merepek da , apa kata kowg baca ni ..


Nama Komersial : Izara Aisyah
Tarikh Lahir : 28 September 1992
Usia : 20 Tahun
Asal : Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian : Tempat ke 2 Dewi Remaja 2009/2010
Sekolah : SK Seafield 3, SK Bukit Indah , SMK Cochrane , SMK Seri Hartamas
Twitter : @izaraAishah
Blogger Kegemaran : Hanis Zalikha ( sama tu )  dan Nazirul Hazwan
Drama : Vanilla Coklat , Keranamu Laila , Kasih Najihah , Masih Membara Cintaku , Cikaro , Soffiya , dan  Jiwa Lara.
Telefilem : Hantu Gigi

Sifat dan sikap Izara Aishah :


- Hanya mengamalkan makan nasi sekali sehari
- Mengikut petua neneknya yang gemar minum air teh untuk kesihatan badan
- Bersihkan muka sebelum tidur
- Produk yang dipakai ialah Clean n Clear
- Gemar pakai kasut tumit tinggi “stiletto” dan “wedges” ( same wit me )
- Kasut tumit tinggi yang biasa dipakainya ialah 6 inci



                                    sumber : vanilla coklat


 ni pasal aiman pulak aka amir ashraff ..
Biodata Hero Vanilla Coklat Aiman Hakim Ridza
Drama Vanilla Coklat semakin hari semakin di minati bukan saja dari kalangan remaja bahkan juga golongan dewasa .. Kehadiran pelakon baru Aiman Hakim Ridza yang pernah memasuki rancangan Mentor  semakin lama semakin di kenali menerusi drama Vanilla Coklat itu sendiri ..

Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 23 Tahun

Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990 .. Kemudian,  dia berpindah ke Pulau Pinang hingga 1994 .. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya ..

Selain mempunyai bakat nyanyian , Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak ( teringat pulak time mentor hari tu , aiman and abg rahim maarof sama-sama main football ) .. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun ..

Pada tahun 2004 dan 2005 , Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo .. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok , Jakarta , Hong Kong dan lain-lain.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich ..
 
 
 

2 comments:

Fnd Rocka said...

pergh...aiman tu player bola jugak rupaaanya

Sheqynne Hotloverzs said...

simple semua : tens ..

fndrocka : yup .. pernah main nga bayern munich lagi tu ..