Thursday, 23 February 2012

Sunat Dhuha ..


Assalamualaikum dan selamat pagi .. ap khabar followers semua , silent readers dan readers 2 semua ?? i hope oulls sihat seadanya .. erm , macam biasa lar di pepagi hari ni , mesti yang sedang bekerja nga sibuk nga kerja yang belajar sibuk nga pelajaran , yang free pulak mesti tak taw nak buat ap .. so ,  jom semakkan minda anda dengan pengetahuan baru bagi mereka yang tak pernah ambil taw , dan sesuatu yang telah diketahui untuk diingatkan kembali ..
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha , iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur) ..

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik , Syafie dan Ahmad , solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa ..

Justeru , sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud:  
Junjunganku tercinta , Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur .. 
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha , maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk .. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam .. 
 
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di kehendaki ..
  
DOA DHUHA : 

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."  
Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : 
 Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan ..


Sabda Nabi saw :  
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat ..

Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya .. malah Baginda juga tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten.

Hal ini diterangkan oleh Aishah: 
 Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha .. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya .. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya , ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya , orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka ..(Riwayat Muslim) ..
p/s : ini hanyalah sebahagian sahaja berdasarkan ilmu pengetahuan saya , kalau nak taw lebih lanjut , google 2 lar yer ..

2 comments: