Wednesday, 11 January 2012

love ?? friend ??

Nurul Akmal Aisyah , sesedap nama yang di beri begitu juga dengan raut wajah yang dimiliki . Sentiasa manis dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya , memiliki tubuh yang agak sederhana tinggi , berkulit putih , di tambah pula dengan solekan nipis di wajahnya menampakkan dia seorang insan biasa namun begitu jauh di sudut hati , Nurul memendam rasa . Sejak berkenalan dengan seorang insan yang bernama Amirul Emri , hatinya sering gundah gulana .  Amirul Emri seorang jejaka yang agak sempoi dan pada luarannya terserlah keegoan yang tinggi sebagai seorang insan yang bergelar lelaki . Namun kehadirannya sedikit sebanyak telah mengugat keimanan yang dimiliki oleh mana-mana perempuan . Manakan tidak seorang yang kacak bergaya tambahan pula anak golongan berada . Oh , begitu kuat penangan si dia . Hal ini sedikit sebanyak telah mengajar Nurul untuk mengenali apa itu erti cinta 'love' . Walau Nurul masih di bangku persekolahan , namun si jejaka tersebut sedang melanjutkan pelajaran di salah satu Universiti terkenal di tanah air dalam jurusan 'Civil Engineering' . Namun perhubungan di antara mereka mula berputik tanpa di sedari . Dalam diam ternyata Amirul turut memiliki perasaan yang sama seperti Nurul , akan tetapi keegoan mengatasi segalanya .

 Petang itu , Nurul menghirup udara segar di halaman mahligai yang didekorasi dengan begitu indah oleh bapanya kepada ibunya . Namun , masa tidak terlalu lama untuk Datin Zuriani menikmati semua itu kerana dia telah disahkan menghidap sejenis penyakit ketumbuhan dan berada di tahap yang kritikal . Hampir setahun Datin Zuriani berlawan dengan penyakitnya , akan begitu andai telah tersurat takdir dia untuk menghadap Allah lebih awal , mereka sekeluarga harus redha dengan pemergiannya . Tiba-tiba deruman enjin motorsikal menangkap perhatian cuping telingannya untuk mengetahui siapakah gerangannya . Degupan jantung Nurul serasa begitu cepat berdenyut dengan begitu laju . 'mungkinkah ini cinta yang ku cari selama ini ??' . Bisik hati kecil Nurul . Amirul Emri dan sahabat rapatnya , Nashrul baru melintasi perkarangan mahligai mewah itu .
Dengan bantuan seorang teman , Nurul dan Amirul sering berhubung melalui sistem perkhidmtan ringkas (SMS) namun kadangkala mereka juga sering menghabiskan masa bersama melalui perbualan . Mereka kelihatan bahagia bersama .
Dalam diam . insan yang mempunyai gerangan nama Ashraf Emri , iaitu adik kepada Amirul Emri ternyata menyimpan perasaan yang sama terhadap Nurul . Tanpa Ashraf sedari , kehadirannya telah menjadikan perhubungan Amirul dan Nurul menjadi retak  dan ........................

No comments: