Hai blog kesayangan
aku! Lama da tak menulis. Itu hari cakap comeback tapi habuk pom takde. Just
sawan je banyak.huhuhu. poyo betol aku ni. Biasa la kan kalau kita kekangan
masa, ni la jadinya. Cakap lain, buat lain. Lumrah alam katakan. Keyh, back
pada tajuk kat atas tu, entry ni lebih berkisar pada perasaan aku. Cewah!
Hehehehe . kali terakhir entry jiwang-jiwang ni time aku study kat matrikulasi.
Aku cite jela erk.
Cite dye cengginih(cam competition public speaking je) heee.
Betolkan kedudukan badan, betol-betol focus pada lappy, huahuahua( kasi jerit
sikit), jerit ke cam nangis je. Betolkan suara, macam ni, dulu-dulu-dulu-dulu
aku ada ramai kawan lelaki selain perempuan. Yang jenis les, boyish,gay,
pondan,yang tak tahu jantina pom ada. Seram kann? Biasa la cliché entry remaja
sekarang. Back pada story morry aku balik. Dulu aku ni kemain lagi kamcing,
asyik berkepit je nga kenkawan laki-laki ni, but tahun demi tahun, hari demi
hari . semua tu mulai berubah, meaning sekarang ni aku da takde kenkawan
laki-laki cam dulu-dulu. But seriously aku rindu la korang wey. Korang da tak
ingat kat aku ke? Korang dah lupakan aku? Korang lupa ke kita pernah jadi kawan
before ni? Sumpah aku nak korang balik! Arghhh! Soalan cliché aku je tu.
All the things berlaku since aku masuk sekolah menegah.
Mula-mula tu okay lagi kita orang kawan cam biasa. Tapi lama kelamaan semua tu
da jadi asing bgku. Aku mula duk hostel, handpund tak bole bawak, just bole
pakai publicpund. Pergaulan mula terhad. Aku mula belajar lebih mendalam
mengenai ilmu agama since sekolah aku sekolah agama. Bila da belajar agama
dengan lebih meluas lagi, aku mula tahu hukum hakam bila kita berkawan dengan
lelaki ajnabi ni yakni lelaki asing yang takde apa-apa ikatan nga kita kecuali
saudara sesama islam.since dari tu aku mula muhasabah diri dan hadkan pergaulan
aku. Dulu kita budak-budak, pengetahuan agama pom buat endah tak endah je,
sukahati je nak berkawan lebih-lebih. Padahal mereka bukan ada ikatan apapom.if
kita terlebih berkawan dengan dia orang ni, banyak plak nanti kejadian yang tak
sepatot berlaku, bole berlaku. So, elakkan keyh. Ingat sikit, perempuan ni
perlu menjaga auratnya. Bukan setakat tubuh badan sahaja yang perlu ditutup,
kelakuan pom sama. Jangan sesuka hati nak berkepit dengan lelaki yang asing
bagi kita. Ni kalau tengok orang sekarang ni suka hati je nak berpeluk bagai,
bersalam tangan. Mentang-mentang la dah couple en bertunang.ingat sikit semua
tu tak halal lagi melainkan sah lafaznya korang hubby en wife.
No comments:
Post a Comment